About us Scene News Virtual Tour Activities Our services Please sign our guestbook Feedback

Sejarah Seni Rupa Malaysia

Perkembangan seni lukis moden Malaysia bukan sahaja menggambarkan peralihan pandangan dalam seni lukis malahan ia sebenarnya megambarkan  perubahan dan perkembangan idea dan pandangan yang berlaku dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik kita. Sebagai contohnya pengaruh pemikiran islam yang pada satu ketika mewarnai gaya seni lukis jelas  mengambarkan situasi ketika itu, ideologi Islam sedang berkembang dalam negara yang turut berubah dari segi sosial, ekonomi dan politik. Apakala perubahan ideologi bertukar ganti, terlihat pula bagaimana perubahan  kepada gaya karya yang lebih berbentuk hebahan atau propaganda telah bertapak dalam ekspresi artistik kita.

Dalam penyiapan peragaan pameran seni lukis Malaysia terdapat tiga perkara yang perlu difahami untuk  menggambarkan sejarah seni lukis Malaysia. Aplikasi penyampaian mesej pensejarahan ini harus dibuat  mengikut tahun atau secara kronologi. Pertamanya, era dimana seni lukis ketika itu lebih mirip ke gaya lukisan  barat mungkin pada zahirnya bentuk dan idea tidak ditiru tapi karya-karya ini menerap nilai  kesenian barat. Maka lukisan-lukisan yang dihasilkan ketika ini adalah terdiri dari lukisan lanskap bermedia cat air dan cat minyak, portret, lukisan alam benda dan abstrak. Apabila media batik diperkenalkan arah tuju seni lukis telah beralih kepada bentuk formalisma - penghasilan karya yang berlandaskan estetika. Lukisan-lukisan lebih berbentuk pemandangan tempatan dan gambaran cara hidup di Malaysia ketika itu. Subjek tempatan yang dipilih ini dikatakan sebagai lambang atau identiti "KeMalayaan" atau KeMalaysiaan" malah lukisan abstrak  juga telah diilhamkan dari nilai-nilai fizikal malahan spiritual dan psikologi tempatan dan serantau.

Dalam lewat tahun 50'an dan 60'an telah berlaku konflik dan tegangan dalam seni akibat dari perbalahan pengakuan superioriti dan dominasi oleh pengamal lukisan abstrak dan ekspresionistik. Justeru dalam situasi ini bagi yang mengamal dan meminati lukisan realisma rasa tercabar dan telah bangkit menunjukan reaksi  telah dipinggirkan.

Dalam tahun 60'an terlihat pemilihan gaya abstrak yang lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Situasi ini memberi perandaiaan bahawa gaya 'avant-garde' yang dipelopori oleh Abstrak Ekspresionisma Amerika telah diberi penghargaan. Malahan seolah-olah telah diterima bahawa gerakan seni lukis moden Malaysia adalah bergandingan dengan gerakan seni lukis barat yang ketika itu dipengaruhi  oleh paradigma estetika yang sama. 

Bentuk kedua pandangan dan idea artistik memperlihat persoalan isu identiti atau "KeMalaysiaan". Dalam keadaan di mana gerakan senilukis yang masih berkiblatkan perkembangan seni lukis barat, karya-karya telah mula memasukkan intipati dan perlambangan dari budaya tempatan dan etnik. Sensitiviti ini telihat antara tarikh 13 Mei 1969 dan era Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Namun perkembangan formalistik ketika itu tidak dapat dan sukar menerima pengkaryaan yang menggabungkan unsur-unsur motif tempatan dengan ekspresi moden.

Pascal May 1969 mempelihatkan kesedaran  terhadap persoalan identiti. Krisis ini pada sesetengah menganggap kerosakan pada identiti yang sukar dipulihkan tetapi majoritinya memberi unjurun baru bahawa  pembentukan identiti baru harus dibuat secepat yang  mungkin. Malahan identiti baru itu perlu berdasarkan realiti budaya dan sosial yang mirip Malaysia: May 1969 menjadi satu tanda akhirnya zaman ketulusan. Tahun 70'an membawa kita ke era proses pemulihan yang dipengaruhi paradok dan persekitaran. Malahan di dekad ini karya-karya yang dihasilkan menyampaikan luahan ini dalam keadaan begitu kritikal yang tidak pernah dilihat sebelumnya.

Kategori yang terakhir yang  berada di sekitar dekad ke 80'an dan 90an memperlihat cubaan yang serius untuk meneruskan penerapan kecirian "nasional" atau "keaslian" seni lukis moden Malaysia. Cubaan ini dimulai oleh faktor Islam, etnik dan budaya yang pada masa yang sama dengan tanpa disedari telah termasuk dalam pascal modernis yang ada hubung kait dengan seni lukis barat. Pelbagai media baru dan lama telah digunakan antaranya seni instalasi, seni video dan seni persembahan. Di sini juga jelas terlihat karya-karya abstrak dan figuratif telah kembali bertapak sementara peningkatan dalam pengkaryaan seni arca  pelbagai media amat baik yang barangkali pada  satu ketika tidak lansung kelihatan.

Pelukis muda yang berada sekitar tahun 80'an dan awal dekad baru rata-rata menghasilkan karya-karya yang diluar kecirian seni lukis konvensional tanpa dipisahi dan tidak lagi terikat pada media, bahan dan proses berkarya. Dalam kecirian "Paskal Modernis" pelukis-pelukis ini bukan hanya menggambarkan keyakinan mereka dalam pengolahan isu-isu dan permasalahan sosio-budaya semasa yang  sangat luas, malahan mereka juga menerapkan nilai-nilai dari paradigma barat yang kritikal dalam menghujah persoalan-persoalan. Akhirnya, atas kesedaran inilah akuan terhadap penerapan nilai pandangan seni yang  alternatif ini perlu diteruskan dan patut disokong.

Penang Waterfront
Chuah Thean Teng , 1958
Batik on Cloth

Wayang Kulit Kelantan
Nik Zainal Abidin,1959
Oil on Canvas

Admonition
Mohd Hoessain Enas,1959
Oil on Canvas

Kampung Nelayan
Chuah Thean Teng 1965, Batik

Pertarongan III
Amron Omar,
1980, Cat Minyak

Ke Arah Tauhid
Sulaiman Hj. Esa
1983, Campuran

Sirih Pinang
Syed Ahmad Jamal, 1986
Akrilik

The Haji Family
Redza Piyadasa,1990
Silkscreen painting, with dye and acrylic hand-coloring on mounting

Bujang Berani
Bayu Utomo Radjikin
1991, Construction comprising welded Iron,metal strips and plaster of paris

Cabinate IV
Ahmad Shukri Mohamad,199 7
Mixed

Malaysian Art History

The development of modern art in Malaysia demonstrates not only the mutability (and durability) of visions in "Art" but also changes in ideas and visions in the social, economic and political life.  For instance, the Islamic considerations of many artists clearly mirror the ideological "Islamisation" pervading the social, economic and political life of the country. And as ideology goes, institutional power of propagation connects efficaciously to the stylistic operations in artistic expressions.

Essentially, the installation of the exhibition corresponds to  three relatively distinct areas of "visioning" and "ideating" modern Malaysian art. Their explications are correlated  chronologically. The first is characterised by attempts at emulation of Western art, sometimes total, but more often modified in content and form; but always subservient to the western notion of "Art". The arts included water-color or oil landscapes, portraits, still-lifes genre scenes and abstracts. With the emergence of the batik medium, the emphasis on 'formalism' becomes more evident - the aesthetic of forms appears to determine the practise of art. By and large, they depicted local sceneries and situations neutralised of real-life conditions and dramas.  Localness of subject matter seems to imply "Malayanness" or "Malaysianness". The abstractions, too, are derived from the local, or regional, physical (or spiritual, psychological) environment.

In the 50's and through out 60's the dominating mode was abstraction - formalistic and generally  de-emphasizing accessible content. In a significant way, this can be construed as an acknowledgement of an international avant-garde, dictated by American Abstract Expressionism.   Modern Malaysia art is understood to be one that should be comparable to the modern art of the West, under the same dominating Western aesthetic paradigm.

The second type of artistic vision and idea gives further consideration to  the question of "Malaysianness". The anxiety of 'Identity' seems evident.   Though still trailingly inspired by contemporary developments in Western Art, the works begin to be visibly infused by formal and  iconographic signs of localness and indigenousness. The period during which this concern came to the fore was post - May 13, 1969, and post - National Cultural Congress of 1971.  Nonetheless, formalistic consideration were still paramount, amidst the uneasiness about marrying indegenous motifs with modernist idioms.

Post - May 1969 instigated an acute consciousness and crisis of identity, to some, it signalled the irreparable loss or fracturing of identity;  for  the majority , it pointed to the urgent need to construct new identities, based on cultural and social realities that were peculiar to Malaysia. May 1969 heralded the end of the age of innocence. The process of  reconstruction which surfaced in the 70's was characterised by paradoxes and ambivalence; works produced during this decade conveyed these conditions forthrightly and with a degree of edginess not seen before.

The last category, which generally corresponds with the decade of the 80's and the present 90's, reveals a plurality of serious attempts at furthering the 'indegenous', or 'national', character of modern Malaysian art. Figuring in a major way in this attempts are Islam, ethnicity and culture, and the unself-conscious co-option of post-modernist posturing of Western Art. Various kinds and forms of art practices are  forwarded, revived or continued. Apart from new forms of expressions such as Installation, Video Art and Performance Art, the artworks include abstract and figurative (evidently making a comeback) painting, and  various forms of sculpture (which were not too perceivable before this time).
(Extracted from Vision and Idea - Relooking Modern Malaysian Art, An Introduction by Zainol Shariff)

Young artists who emerged at the end of the 80's and in the beginning of the decade broke clear from the bounds of convention, separating and  compartmentalising mediums, materials and processes. In their "Post - Modernist posturing" (to borrow the writer's term), these artists not only showed confidence in dealing with a wide range of socio-cultural issues and problems, they also displayed critical and questioning stances towards models and paradigm from the West.  It is in the and for this sense that claim to have discerned an alter - and - native vision of art can be sustained and supported.
(Extracted from Vision and Idea - Relooking Modern Malaysian Art, A Summary by T.K. Sabapathy)

home :: about us :: scene :: exhibitions :: tour :: activities :: services :: guestbook :: feedback

National Art Gallery.  All Rights Reserved.
Submit site issues to
webmaster