About Us Scene Exhibitions Services Sign our Guestbook Feedback
 

14 Julliet, Part 1/3, 2003
Oil on canvas
290 x 130cm

14 Julliet, Part 2/3, 2003
Oil on canvas
290 x 130cm

14 Julliet, Part 3/3, 2003
Oil on canvas
290 x 130cm

Figure 11 Opposee a la vision
2002
Watercolor and collage
on canvas

Figure 12 Risque a perdre
2002

Watercolor and collage
on canvas

Figure 13 Necessite
2002

Oil on Canvas

Figure 14 Diaboliser
2002
Watercolor and collage
on canvas

Madamemoiselle
2000
Polychrome bronze

La Parisienne
2000
Polychrome bronze
98 x 38 x 32cm

Paon Royal
2001
Polychrome bronze

L'Africaine
2001
Polychrome bronze
62.5 x 24 x 22.5cm

SOPHIA VARI DI KUALA LUMPUR
6 Dis 2004 – 30 Jan 2005

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Balai Seni Lukis Negara dan Rumah Seni Nusantara Sdn Bhd dengan bangganya mempersembahkan pameran SOPHIA VARI DI KUALA LUMPUR.

Pelbagai pihak telah menghulurkan sokongan besar dalam menjayakan projek bertaraf dunia ini: CIMB PRIVATE BANKING (Penaja Utama); YAYASAN AL-BUKHARY dan YTL POWER INTERNATIONAL BHD (Penaja Emas); serta BRUNSFIELD CORPORATION, YBHG DATIN NARIZA HASHIM PETRA dan MULTI-PURPOSE HOLDINGS BHD (Penaja).

Projek besar-besaran ini turut menerima tajaan daripada Penerbangan Malaysia; Shangri-La Hotel Kuala Lumpur; AXA-Art Insurance Corporation; dan Helutrans Artmovers yang berkesudian menyumbang khidmat bagi menjayakan pameran.

SOPHIA VARI DI KUALA LUMPUR akan berlangsung di Galeri 1, Balai Seni Lukis Negara dari 6 Disember 2004 sehingga 30 Januari 2005 setelah dirasmikan oleh penaung pameran DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Muhibbuddin Azlan Shah.

Tahun 2004 merupakan tahun kepulangan Sukan Olimpik ke tanah asalnya Greece. Seperti mana negara Mediterania itu telah menyusun dan menjayakan dengan cemerlangnya Sukan Olimpik yang ke-25, Malaysia melalui Balai Seni Lukis Negara kini dengan bangganya menjadi tuan rumah pameran Sophia Vari, artis termasyhur kelahiran Greece yang telah mengukir nama di persada seni antarabangsa.

Semenjak tahun 1960an, hasil-hasil kerja catan dan arca Sophia Vari telah merantau ke seluruh dunia, merentasi sempadan negara, melintasi batasan geografi.

Selain diberi pendedahan yang kerap menerusi pameran-pameran antarabangsa, karya-karya Sophia turut menghiasi ruang-ruang umum di merata dunia dan dijadikan koleksi himpunan tetap institusi-institusi bertaraf dunia – antaranya Balai Seni Lukis Negara Greece di Athens; Yayasan Calouste Gulbenkian di Lisbon, Portugal; Institut Seni Lukis Amerika Butlet di Youngstown, Ohio, Amerika Syarikat; dan Muzium Seni Kontemporari di Caracas, Venezuela.

Karya arca Sophia yang diperbuat daripada gangsa terlihat sebagai sesuatu yang elegan namun kukuh dan mantap, serta jelas mencerminkan penghayatan dan gerak hati seseorang yang memahami sejarah seni rupa.

Pengkaryaan Sophia juga tampak diwarnai latar belakangnya yang kelahiran Eropah. Bapa beliau berbangsa Greek manakala ibunya orang Hungary, tambahan lagi beliau telah mendapat pendidikan di merata tempat di benua Eropah antaranya Switzerland, London dan Paris. Latar belakang yang berwarna-warni ini membayangkan perubahan dan perkembangan negara Greece yang kini diterima sebagai ahli penuh Kesatuan Eropah bahkan masyarakat antarabangsa setelah berpuluh-puluh tahun mengasingkan diri.

Dilahirkan di bawah bayang-bayang Perang Dunia Kedua, pemerintahan tentera dan kesengsaraan, perjalanan hidup Sophia tidak setakat memperlihatkan pencapaian peribadinya sebagai seorang artis, bahkan menjadi cermin bagi pembangunan ekonomi tanahairnya dan kemajuan bangsanya yang kian membina hidup makmur.

Pada tahun 2000, Kerajaan Greece telah memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian Sophia pada tahap antarabangsa dan beliau dilantik sebagai salah seorang Duta Keamanan Negara Greece. Juga, sepanjang Mac – Mei 2004, Sophia telah diberi penghormatan sebagai artis nasional terulung Greece melalui sebuah pameran solo di Muzium Benaki, Athens bersempena dengan Sukan Olimpik 2004.

Sesungguhnya pameran SOPHIA VARI DI KUALA LUMPUR merupakan satu batu tanda yang penting bagi Balai Seni Lukis Negara. Sebagai sebuah institusi yang telah bertapak sejak 46 tahun yang lalu, Balai Seni Lukis Negara kini tidak sabar-sabar untuk memperluaskan ruang lingkup kegiatan kuratorial dan estetiknya. Sebagaimana negara kita semakin berkeyakinan untuk memainkan peranan dalam hal ehwal dunia, begitu juga Balai Seni Lukis Negara mulai melebarkan jangkauan globalnya dengan mempersembahkan karya cipta seni terbaik dari merata dunia.

Penanan Balai Seni Lukis Negara bukan lagi hanya sekadar membekalkan ruang pameran, tetapi sebagai perintis bagi pameran-pameran bertaraf dunia, dengan matlamat membina satu budaya kuratorial dalam hasrat menaikkan imej bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat kesenian yang terunggul.
SOPHIA VARI DI KUALA LUMPUR, sebuah pameran yang memperkenalkan hasil kreativiti seorang tokoh seni antarabangsa yang memiliki kerjaya yang teguh dan cemerlang di samping berwatak kosmopolitan merupakan peluang dan tapak pelancaran yang paling sesuai bagi Balai Seni Lukis Negara dalam memberlakukan aspirasinya.

Sememangnya, jangkauan dan cita-cita Balai Seni Lukis Negara haruslah setanding dengan reputasi ibu kota Malaysia sebagai titik pertemuan antara pelbagai budaya yang berbeza serta sebagai sebuah bandar bersifat global.

Bersempena dengan pameran SOPHIA VARI DI KUALA LUMPUR, sebuah katalog pameran susunan Valentine Willie selaku kurator pameran dengan esei analitis oleh penulis tersohor Karim Raslan turut diterbitkan untuk dijual.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03.40254990 / prelations@artgallery.gov.my (Balai Seni Lukis Negara) atau 03.22842348 / daniel@artsasia.com.my (Daniel Chong)

Program Awam – Bicara Seni Bersama Artis
Jangan lepaskan peluang keemasan bersama Sophia Vari pada hari Sabtu, 4 Disember 2004, jam 2.30 petang. Pelukis dan pengarca antarabngsa ini akan berkongsi pengalaman beliau serta membicarakan unsur-unsur yang telah mempengaruhi pencetusan karyanya selama ini.
Masuk percuma. Orang ramai adalah digalakkan menghadiri program ini!

SOPHIA VARI IN KUALA LUMPUR
6 Dec 2004 – 30 Jan 2005

The Ministry of Culture, Arts and Heritage Malaysia, the National Art Gallery and Rumah Seni Nusantara Sdn Bhd are proud to present SOPHIA VARI IN KUALA LUMPUR.

The blockbuster exhibition was generously supported by CIMB PRIVATE BANKING (Main Sponsor); YAYASAN AL-BUKHARY and YTL POWER INTERNATIONAL BHD (Gold Sponsors); and BRUNSFIELD CORPORATION, YBHG DATIN NARIZA HASHIM PETRA and MULTI-PURPOSE HOLDINGS BHD (Sponsors).

Many parties have also contributed to the successful organisation of this exhibition as Official Partners: Malaysia Airlines; Shangri-La Hotel Kuala Lumpur; AXA-Art Insurance Corporation; and Helutrans Artmovers.

The tremendous contributions from the sponsors and partners highlight their awareness and interest in supporting pioneer activities that relate to art.

Patroned by HRH Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Muhibbuddin Shah, the exhibition will be on view in Gallery 1 from 1 Dec 2004 until 30 Jan 2005.

2004 marked the return of the Olympic movement to its ancestral home in Greece. In the same manner as the Mediterranean nation had successfully prepared for and organised the XXVth games in Athens, Malaysia and the National Art Gallery are now ready to play host to Sophia Vari, one of Greece's most prominent and successful international artists

Abstract and striking, Sophia Vari's contemporary paintings and sculptures have been shown across the globe since the 1960s.

In addition to being exhibited extensively, Sophia's works are now also in public venues and key international institutions the world over, ranging from the Greek National Gallery in Athens; the Calouste Gulbenkian Foundation in Lisbon, Portugal; the Butler Institute of American Art, Youngstown, Ohio, USA; to the Museum of Contemporary Art in Caracas, Venezuela.

Sophia's elegant but powerful bronzes reveal a deep and intuitive understanding of art history.

Indeed, Sophia's European background – Greek father, Hungarian mother, and an extensive education in Switzerland, London and Paris – underlines the extent to which Greece after decades of isolation has since become a fully integrated member of Europe and the international community.

Born in the shadows of the Second World War, military rule and enormous deprivation, Sophia's personal journey reflects her achievements as an artist as well as the passage of her people – tracking her nation's spectacular economic growth and increasing prosperity.

In 2000, the Greek Government – in recognition of Sophia's work and her international exposure – appointed Sophia an Ambassador for Peace. Further, as a tribute to her prominence as a Greek national artist, Sophia was honoured in this Olympic year with a solo exhibition at the Benaki Museum in Athens.

SOPHIA VARI IN KUALA LUMPUR marks an important milestone for the National Art Gallery as the institution now in its 45th year expands the ambit of its curatorial and aesthetic ambitions. As Malaysia assumes a more confident position in global affairs, the National Art Gallery will endeavour to match the nation's international reach by showcasing the best art from across the globe.

Instead of being just an exhibtition space, the National Art Gallery will become an initiator of world-class exhibitions, developing a strong curatorial culture in order that Kuala Lumpur becomes a major centre for the arts. The National Art Gallery will be casting its net far and wide in order to bring the best of world's art to Malaysians as the country becomes ever more global and sophisticated.

Sophie Vari's exemplary career and her cosmopolitan mien is a perfect launching pad for the National Art Gallery's aspirations. Kuala Lumpur is a global city – and an extraordinarily diverse cultural cross-roads – and the city's growing reputation should be matched by a national gallery that possesses an equivalent reach and ambition.

The exhibition is accompanied by a catalogue, available for sale, with photographs and descriptions of all the exhibits on display. It is edited by exhibition curator Valentine Willie, with texts by noted writer Karim Raslan.

For further information, please contact 03.40254990 / prelations@artgallery.gov.my or 03.22842348 / daniel@artsasia.com.my (Daniel Chong)

Public Programme – Artist's Talk
On Saturday, 4 Dec 2004, at 2.30 pm, Sophia Vari talks about her artistic practices and the influence of her upbringing and experiences. Meet the painter and sculptor extraordinaire, enjoy a talk about her work, and view her spectacular exhibition.
Admission is free, all are welcome.

SOPHIA VARI: BIODATA & MAJOR EXHIBITIONS

1940: Born in Athens; Greek father and Hungarian mother
1956: went to school in London
1958: studied art Ecole Les Beaux Arts in Paris
1960: Birth of only daughter Ileana
1968: 1st solo exhibition at Woodstock Gallery, London
1970: Set up studio in Paris
1974: Solo exhibition in Houston, Texas & Museum of Modern Art in Sao Paulo, Brazil
1976: Solo exhibition at Coe Kerr Gallery, New York
1977: Started working on sculptures
1978: Married Columbian artist, Fernando Botero
1978: Exhibition at the Gulbenkian Foundation in Lisbon, Portugal
1979: Exhibition at National Library, Athens, Greece
1981: Exhibition at Veranneman Foundation, Belgium
1983: Exhibition at Juana Mordo Gallery, Madrid
1985: Exhibition at Nora Haime Gallery, New York
1986: Exhibitions at Galerie d'Eendt, Amsterdam and Galerie d'Athenes, Athens
1987: Exhibitions in Bogota, Columbia and Paris
1988: Exhibitions in New York and Paris
1989: Exhibition in Athens
1990: Exhibition in Paris
1991: Exhibition at Museum of Contemporary Art, Caracas, Venezuela
1992: Exhibitions at Galleria Il Gabbiano, Rome & Galeria d'Art, Barcelona, Spain
1994: Exhibitions in Rome and Paris
1995: Exhibitions in Belgium and New York
1996: Exhibition in New York
1997: Retrospective at Butler Art Institute in Youngstown, Ohio
1997: Exhibitions at Baden Baden, Germany; Pietrasanta, Italy and Paris
1998: Exhibitions in New York and Milan
1999: Exhibitions in Miami and Paris
2000: Exhibitions in New York, Athens, Turin and Paris
2001: Exhibitions in Geneva, Baden-Baden and New York
2001: Retrospective at Boca Raton Museum of Art, Florida
2001: Retrospective at Ludwig Museum, Germany
2002: Sculpture Exhibitions at Palazzo Vecchio and Piazza della Signoria, Florence, Italy
2003: Exhibition at Pietrasanta, Italy
2004: Sophia Vari at Benaki Museum, Athens, Greece
2004: SOPHIA VARI IN KUALA LUMPUR, National Art Gallery, Malaysia

home :: about us :: scene :: exhibitions :: tour :: activities :: services :: guestbook :: feedback

National Art Gallery.  All Rights Reserved.
Terms of Use & Disclaimer
Submit site issues to
webmaster